HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Jun 2017

Semakan kemasukan ke universiti awam, politeknik mulai Isnin



Semakan tawaran kemasukan ke universiti awam (UA) dan politeknik premier bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya untuk kemasukan ke program pengajian asasi dan diploma boleh dibuat Isnin ini mulai pukul 12 tengah hari.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata status pemohon juga boleh disemak melalui talian Hotline 03-88708200 dari pukul 9 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja.

Talian itu turut beroperasi pada cuti umum sempena Nuzul al-Quran pada Isnin dari pukul 12 tengah hari sehingga 4 petang.

Semakan status permohonan juga boleh dibuat menerusi atas talian di http://upu.moe.gov.my;
https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my ataupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888.

Selain itu, semakan keputusan rayuan kemasukan ke politeknik konvensional, metro, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam (ILKA) boleh dibuat dengan melayari laman web dan tarikh yang ditetapkan.
  1. Pusat Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) di atpis.moa.gov.my/V4/result pada 16 Jun.
  2. Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) di https://ekampus.kbs.gov.my/site/login dari 12 Jun sehingga 2 Julai.
  3. Polititeknik Konvensional / Metro di http://www.politeknik.edu.my pada 16 Jun.
  4. Kolej Komuniti di www.jpkk.edu.my pada 16 Jun.
Kementerian turut menyediakan kaunter khidmat runding cara bagi memudahkan pemohon membuat membuat semakan berkaitan permohonan kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA bertempat di Kementerian Pendidikan Tinggi, di Putrajaya mulai 9 pagi sehingga 3 petang pada hari bekerja sahaja.

Menurut KPT tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.
- Bernama


Tiada ulasan: