HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Jun 2017

Seorang lagi militan Malaysia terbunuh di Iraq

 
Menurut sumber-sumber perisikan, Mohd Nizam Ariffin, 38, maut di kota Mosul kelmarin tetapi tiada maklumat terperinci.


nizam-ariffin-militant

PETALING JAYA: Seorang lagi militan Malaysia yang dikaitkan dengan Negara Islam (IS) terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Iraq, menjadikan jumlah bilangan rakyat Malaysia yang terbunuh di negara itu dan Syria mencecah 31 orang.

Menurut sumber-sumber perisikan, Mohd Nizam Ariffin, 38, maut di kota Mosul kelmarin tetapi tiada maklumat terperinci.

Dia yang kelahiran Ipoh dan turut dikenali sebagai Abu Afghan, dan rakannya Abdul Halid Dari pernah muncul dalam video propaganda IS pada Januari tahun lepas, lapor The Star hari ini.

Dengan menggelar diri mereka sebagai ahli Katibah Nusantara, kumpulan itu menggesa ahli-ahli al-Shabaab Somalia supaya menyertai mereka dalam “barisan hadapan yang sebenar di Syria”.

“Militan Katibah juga memberi amaran kepada kerajaan Malaysia terhadap usaha menggagalkan IS,” kata sumber itu.

Nizam mengembara ke Syria pada 6 Mac 2014 dan menyertai kumpulan militan Ajnad al-Sham.

Menurut sumber, Nizam menyertai IS selepas kematian bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kedah, Lotfi Ariffin pada September 2014.

“Nizam bekerjasama dengan militan lain dari Malaysia dan Indonesia dalam Katibah Nusantara,” kata sumber itu.

Menurut sumber-sumber perisikan, kira-kira 56 rakyat Malaysia dipercayai masih terlibat dalam pertempuran bagi kumpulan militan.

Tiada ulasan: