HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Jun 2017

Siasatan Panel Khas JAIS terhadap nazir Masjid An-Nur selesai

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jawatankuasa Kariah sedang meneliti hasil Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas Panel Jawatankuasa Khasnya telah menyisat nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.
 
Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, jawatankuasa kariah akan membincangkan tindakan bersesuai terhadap nazir tersebut
 
"Sebarang tindakan terhadap nazir akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri sebagaimana dititahkan oleh Sultan Selangor," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Raya kepada Anak-anak Yatim Daerah Klanh dan Petaling, hari ini.
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada awal bulan ini murka dengan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa selepas pemimpin PKR itu didakwa menyampaikan ucapan berbaur politik di ruang solat Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.
 
Dukacita dengan insiden tersebut Baginda menggesa JAIS mengadakan siasatan lanjut dan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli jawatankuasa masjid itu yang melanggar peraturan.
 
Adzib dalam pada itu memberitahu senarai nama individu itu akan disenarai terlebih dahulu sebelum tindakan diambil, termasuklah untuk disenaraihitam.
 
"Senarai nama akan dipersembah kepada Sultan Selangor bagi mendapat perkenan sebelum ia diuar-uarkan kepada umum. Selewat-lewatnya akan diumumkan selepas hari raya nanti," kata Adzib

Tiada ulasan: