HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Jun 2017

Susah sangatkah untuk menghubungi saya? - Tan Seng Giaw

T K Letchumy Tamboo, Astro Awan
Susah sangatkah untuk menghubungi saya? - Tan Seng Giaw
Dr Tan berkata demikian apabila memberi maklum balas kepada dakwaan Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng bahawa Dr Tan tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.
 
KUALA LUMPUR: “Susah sangatkah untuk menghubungi saya?”.

Itu adalah soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, yang diberitahu bahawa terdapat laporan berita yang mengatakan beliau tidak dapat dihubungi.
 
“Susahkah untuk hubungi saya. Kamu dapat hubungi saya. Berapa kali kamu menefon saya? Sekali, dan kamu dapat bercakap dengan saya. Saya tidak dapat lihat bagaimana saya tidak dapat dihubungi. 
 
Saya telah menjawab soalan kamu,” katanya kepada Astro AWANI apabila dihubungi menerusi telefon bimbitnya.

Dr Tan berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng bahawa Dr Tan tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

Perkara itu diberitahu Lim semasa ditanya oleh wartawan mengenai status Facebook Dr Tan yang berkata Balik Pulau kini kekurangan kawasan hijau.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja,” tulisnya.

Lim tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu. 
 
 

Tiada ulasan: