HALAMAN SANTAI

Khamis, 15 Jun 2017

Tiada rakyat Malaysia terbabit kebakaran di London - Wisma Putra

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kebakaran di barat London hari ini.
 
Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan sekitar kejadian yang ingin mendapatkan bantuan agar segera mengubungi Suruhanjaya Tinggi di London melalui talian 44 207 235 8033.
 
Kementerian Luar pada masa sama melahirkan simpati kepada semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.
 
Polis London sebelum ini  mengesahkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam kebakaran besar yang melanda Grenfell Tower itu dan angka kematian dijangka meningkat.
 
Api marak menyelubungi blok pangsapuri 27 tingkat di tengah London itu dengan lebih 50 dilaporkan cedera dan beberapa penduduk terperangkap dalam kebakaran.
 
 

Tiada ulasan: