HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Jun 2017

Wong Chen gantung program kebajikan kerana tindakan 'pihak tertentu'

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendakwa wujud 'tindakan tertentu' dari pihak kerajaan negeri yang menyebabkan penggantungan program kebajikan kawasannya.
 
Wong juga memohon maaf kepada penduduk yang memohon bantuan melalui surat, dengan memaklumkan program kebajikan kawasannya akan dihentikan seketika sehingga tempoh tertentu.
 
Memetik tulisannya di Facebook, Wong memberitahu telag menghantar 355 surat kepada penduduk yang ditemubual untuk program Bulan Kebajika 2017 pada minggu lalu.
 
“Kebanyakan penduduk saya berkongsi tambang teksi untuk datang ke sini dari Desa Mentari.
 
“Sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan ialah memohon maaf secara rasmi kepada mereka," katanya.
 
Dua hari lalu Wong mengumumkan penggantungan sementara program kebajikan di kawasannya selepas menerima surat yang dihantar menerusi faks ke pejabatnya.
 
Surat itu diterima daripada kerajaan negeri Selangor.
 
Pemimpin PKR tersebut dalam pada itu memberitahu akan mendapatkan nasihat peguam dan juruaudit untuk tindakan selanjutnya.
 
Wong sebelum ini menzahirkan kebimbangannya terhadap dapatan audit ke atas peruntukan belanjawan tahunan RM250,000 untuk pejabatnya yang ditangani secara tidak telus, tidak adil dan tidak menyeluruh.
 
Pejabarnya didakwa gagal mematuhi garis panduan, maka beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dapatan audit itu dan kegagalan perbendaharaan Selangor menjawab soalan yang diajukan beliau dan kakitangannya.
 
 

Tiada ulasan: