HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Julai 2017

ADUN dakwa kastam hutang PBT S'gor RM36 juta




Seorang wakil rakyat DAP hari ini mendakwa kastam masih berhutang lebih RM36 juta jumlah tuntutan bayar balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Balakong Ng Tien Chee berkata jumlah hutang tersebut melibatkan tuntutan sejak September 2016 sehingga Jun 2017.

"Saya ingin bertanya bagaimana pula dengan jumlah GST yang kastam (peroleh) tetapi masih berhutang dengan 12 PBT dalam negeri Selangor sejak September 2016.

"Menurut maklumat yang diperoleh pada tahun 2016 sahaja, pihak kastam masih berhutang RM36,182,986.95 kepada 12 PBT dalam negeri Selangor," kata Ng dalam sidang medianya di Pusat Khidmat Serdang-Balakong hari ini.

Ng berkata apa yang berlaku tidak boleh diterima kerana ia perlu dibayar dalam tempoh 28 hari selepas tuntutan dibuat.

Jumlah tuntutan tersebut, menurutnya, meliputi pembayaran bagi kerja-kerja infrastruktur seperti penambahbaikan jalan raya dan kerja-kerja melibatkan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Berikut adalah jumlah tuntutan 12 PBT di Selangor kepada Kastam.

Majlis Bandaraya Shah Alam - RM5,994,802.68
Majlis Perbandaran Klang - RM5,608,374.23
Majlis Bandaraya Kajang - RM5,133,918.13
Majlis Perbandaran Ampang Jaya - RM5,007,221.75
Majlis Perbandaran Selayang - RM4,174,960.00
Majlis Bandaraya Petaling Jaya - RM3,245,106,13
Majlis Perbandaran Subang Jaya - RM2,787,986.95
Majlis Perbandaran Sepang - RM2,172,596.17
Majlis Daerah Kuala Langat - RM688,457.65
Majlis Daerah Hulu Selangor - RM725,319.51
Majlis Daerah Sabak Bernam - RM447,181.56
Majlis Daerah Kuala Selangor - RM198,040,98

Ng juga menyelar kaedah GST dilaksanakan terhadap pihak berkuasa tempatan.

"Tetapi apa yang pihak Kastam buat adalah mereka mahu PBT membayar GST kemudian tuntut semula.

"Jadi, soalan kami kenapa kastam mahu menambahkan beban dan tidak meringkaskan kerja-kerja pegawai dengan menyediakan surat pelepasan cukai GST," soal Ng.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas pihak kastam berkaitan dakwaan itu.

LIHAT VIDEO DI SINI
 

Tiada ulasan: