HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Julai 2017

Adun Pas tukang karut (baca: mengarut) dalam dewan?

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh Arif Atan

Saya dan ramai lagi rakyat yang mahukan wakil rakyat sama ada di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bijaksana dan beramanah, mesti geleng kepala melihat tahap kualiti perbahasan YB PAS semalam.

Dalam persidangan ini, kita mahu juga melihat ADUN Pas serang habis-habisan Husam biar Adun Salor itu letih bersilat hujah sebelum kita ramai-ramai bersimpati dengan Husam yang seorang diri di dewan sidang.

Tapi, 'hasrat' itu tidak berlaku pula. Hairan, kan? Ingat. DUN Kelantan pada masa ini menyaksikan PAS menguasai 31 daripada 45 iaitu 69 peratus agihan keseluruhan kerusi. Selebihnya, Umno 12 kerusi manakala AMANAH dan PKR masing-masing satu kerusi.

Adun PAS terbukti tidak mampu berhujah apa lagi nak serang kembali Husam guna fakta. Auta saja lebih. Tak habis-habis menyindir ketika merangkak mencari peluru.

Tidak hairanlah semasa saya di Harakah kalau dikerah membuat liputan sidang Parlimen, saya nampak PAS lebih banyak menghantar 'pasu bunga Islamik' ke sidang Parlimen sekaligus mencemari imej Islam yang sepatutnya berjiwa jihad berani memperjuangkan kebenaran dan menentang kejahatan.

Balik-balik asyik Ahli Parlimen Shah Alam, Sepang, Kuala Terengganu, Parit Buntar, Kuala Krai dan Kota Raja. Temerloh bangkit juga tapi kadang-kadang lebih baik dia tidak bangkit sebab selalu saja mengundang senyum sinis kawan-kawan wartawan media Cina dan bahasa Inggeris. Kalau Temerloh bahas panjang, saya perhatikan mereka masa itulah makan, berbual tak pun menung berehat beberapa minit sebelum sambung MP selepas itu! Faham, kan apa maksudnya itu :)
 
Kebetulan pula 'setandan' MP PAS bukan pasu bunga itu masuk AMANAH! Memang meriah. MP yang tinggal terutama Pokok Sena walaupun nama kawasannya spesies tumbuhan tapi tabik pada beliau sebab Dato' Mahfuz bukan kategori pasu bunga - terus bercakap mewakili suara rakyat di Parlimen!

Kembali pada kualiti hujah Pulai Chondong, cuba lihat juga pada detik-detik terakhir, lancar pula dia bercakap apabila 'menjual' ayat al-Quran dan nama Almarhum Tok Guru Nik Aziz:

"Dalam kita bawak ugama ni, banyak benda-benda yang menganggu. (diikuti petikan ayat al-Quran) Jangan dok gerun cele'ei (tak tahu nak eja..hahah) - celaan.."

Nampak? Tahu menyindir saja berpelurukan ayat al-Quran sampai Husam spontan jawab jangan jadi macam kaset tidak amalkan apa yang dibaca!

Saya yakin orang Pas pun malu sendiri dan rasa nak ganti saja YB Pulai Chondong itu.

Antara ayat yang dilontarkan Pulai Chondong (selepas ini: PAS) yang condong boleh dianggap tidak tahu apa yang dia cakapkan lantas seperti sengaja melengah-lengahkan masa persidangan:

"Bahasakan dengan jin"

"Saya ada fakta jugok. Sedang royak sekare"

"Saya lamo ngaji dengan Salor.." - Maaf, waktu ini dah dengar YB Pulai Chondong macam tukang karut dikir barat.

"Kito dengan bakal menteri besar"

Pertikaman lidah antara Husam dan PAS kemudiannya mendapat reaksi Kuala Balah (BN), Datuk Abdul Aziz Derashid yang berharap jawapan pihak kerajaan Pas biar "cerdik sikit. Dia (Pulai Chondong) pun ngaku dia bodoh.

Kuala Balah juga sebut jangan perli Salor. "Jangan menghina sama-sama kita dalam dewan," katanya.
Kita kemudiannya boleh perhatikan selepas Kuala Balah bangkit, PAS hilang punca beberapa saat sebelum Speaker kata masa sudah habis!

Seterusnya, apabila Husam menyerang meminta jawapan, PAS soal semula, "Apa keperluan Datuk nak tahu?" sebelum seperti biasa menyindir tak sudah, "Kalaulah kita bersamo Datuk, tak jadi lagu tu".

PAS terus dengan cakap main-main tak ubah macam ceramah kelompok parti depan orang kampung dalam surau.

"Ambo puas hati sebab kito berhadapan dengan ore besar, ore besar" (Dua kali sengaja dia tekankan 'orang besar' itu)

Pada masa sama, bagi kita yang "ore luar" iaitu bukan orang Kelantan, kita cuba-cubalah belajar memahami bahasa dialek Kelantan :) Kadang-kadang sibuk Melayu ini suruh Melayu lain berfikiran terbuka belajar bahasa asing dan bahasa kaum lain tetapi loghat Melayu negeri lain pun terkial-kial nak faham (Jangan marah, Heheh).

Sebenarnya, meneliti gaya ucapan PAS dan cara serangan Husam itu sebenarnya menarik kalau anda ketepikan rungutan klise - "ah! orang politik semua sama!" - satu seni pengucapan orang Melayu Kelantan. Dalam hati membara tapi bahasa masih meliuk lentuk, hanya dizahirkan dalam bahasa sindiran.

Mujur saya pernah diberi rezeki berkhidmat dengan kerajaan Pusat dan ditempatkan di Kelantan.

Walaupun dua tahun di Tanah Merah, cara YB Pulai Chondong berucap dan menyerang dengan sindiran itu satu ciri yang lazim saya temui di sana. Saya sendiri selalu kena sampai peringkat saya pasakkan di fikiran saya ketika itu, tidak semua pujian benar-benar bermaksud pujian!

Terutama ketika 'berdebat' dengan pegawai jabatan kerajaan lain berhubung apa yang saya anggap penyelewengan dana awam, pegawai yang merupakan orang tempatan 'bahasakan' saya dengan seni bercakap yang bagi saya sukar nak jumpa di tempat lain. Paling saya ingat ketika berlawan hujah dengan Pegawai Pejabat Penerangan yang lagi beberapa tahun nak pencen. Dia punya cara hendak menegakkan benang basah macam cara YB Pulai Chondong, itulah! Hehehe..

Rakyat Malaysia - orang Cina dan India pun suka tak suka dengan orang Kelantan (akibat pelbagai persepsi termasuk konon kenegerian dan lain-lain) mesti belajar memahami dan menghormati sistem nilai orang Kelantan yang bukan saja sedikit berbeza dengan orang Terengganu apa lagi Melayu di sebelah Pantai Barat. Orang Kedah dan Perak contohnya yang menzahirkan kemarahan mereka secara lebih terbuka.

Gaya bercakap Husam di sidang dewan ini adunan nilai budaya Kelantan ditambah dengan nilai profesional yang universal walaupun ada beberapa ketika beliau ketara bernada keras ketika lawan sudah 'ting tong' benar kekeringan hujah untuk membidas. Pendek kata, Datuk Husam 'attack kaw-kaw' cakap orang Key El :D
 
Apa impak daripada kualiti Adun PAS yang lemah ini? Tidak mustahil kerajaan negeri yang dikuasai PAS selama 30 tahun akan tumbang dan Kelantan bakal menjadi lebih baik dan sejahtera hendaknya di bawah kepimpinan Datuk Husam Musa. Insya-Allah. Mari kita doakan buat sahabat saudara sebangsa seagama di Kelantan.

Dengan deretan pelbagai isu daripada kemusnahan hutan berskala raksasa, penindasan terhadap Orang Asli, pengurusan sampah, isu rampasan kampung tradisi selain banyak lagi kepincangan urus tadbir yang tak selari dengan kononnya Membangun Bersama Islam:

Majoriti rakyat Kelantan yang secara peribadi bagi saya, jenis Melayu 'rebel' sebab terbukti selama ini berani tampil berbeza berbanding Melayu negeri lain tentunya tidak teragak-agak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya eh selamat tinggal kepada PAS di peti undi PRU-14 nanti.

Tiada ulasan: