HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Julai 2017

Anggota polis maut akibat tergelincir


Anggota polis maut akibat tergelincir
Isteri Wan Maziah kelihatan sedang memangku jenazah suaminya Mohd Ashri sementara menunggu ketibaan bantuan kecemasan. (Gambar kecil: Mohd Ashri)
KULIM - Seorang anggota polis maut di hadapan sebuah bank di Jalan Tunku Putra malam, kelmarin ketika ingin mengeluarkan wang.

Mangsa Mohd Ashri Abu Hassan, 46 berpangkat lans koperal dipercayai ke mesin ATM itu kira-kira jam 8.50 malam bersama seorang anak dan isterinya.

Bagaimanapun, baru beberapa langkah untuk ke bank tersebut mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh berhampiran longkang serta tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, isteri mangsa Wan Maziah Hashim, 40, dan anaknya berusia lapan tahun sempat meriba arwah sebelum menunggu bantuan tiba.

"Mangsa cedera dan berdarah dibahagian kepala selepas tergelincir dipercayai tersepak besi penutup longkang yang berada di situ.

"Isteri dan anak arwah yang ketika itu berada di dalam kereta meluru ke tempat kejadian," katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan kejadian dan berkata mangsa telah meninggal akibat serangan jantung.

"Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat dan mendapati ia disebabkan serangan jantung," katanya.

Arwahyarham telah meninggalkan empat anak berusia lapan hingga 19 tahun dan seorang balu. Jenazah akan dikebumikan di Kampung Sedaka, Yan.

Tiada ulasan: