HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Julai 2017

Bakal jemaah haji Selangor terima RM500

Manzaidi Mohd Amin
Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM – Bakal jemaah haji Selangor akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM500 seorang dari kerajaan negeri.

Bantuan itu dijangka disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 22 Julai ini.

Menurut satu kenyataan, Mohamed Azmin dan Ahli Lembaga Pengarah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) telah meluluskan permohonan itu, yang sebelum ini dikemukakan oleh pihak pengurusan MBI.

“Bantuan kewangan haji muasasah ini sebagai tanda peduli dan prihatin kerajaan negeri kepada bakal jemaah yang akan bertolak ke tanah suci Makkah bulan depan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, bakal jemaah haji diminta menyediakan beberapa dokumen lengkap seperti salinan kad pengenalan dan surat tawaran Tabung Haji untuk mendapatkan bantuan itu. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: