HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Julai 2017

Bangunan kekal KSCIP bakal dibina di Putrajaya

SINAR ONLINE

Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

PEKAN - Bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) bakal dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya di atas tanah seluas 16 hektar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam perbincangan beliau dengan pembantu kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan pembantu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman yang berkunjung ke kediamannya di Putrajaya malam tadi.
"Pembinaan KSCIP di Putrajaya ini melambangkan betapa pentingnya institusi berkenaan dan Putera Mahkota Arab Saudi sendiri akan datang ke Malaysia bagi melancarkan pusat itu bersama-sama saya.
"Ini antara kejayaan kita kerana Raja Salman boleh memilih negara lain untuk membina pusat berkenaan tetapi baginda yang merupakan penjaga kepada dua kota suci orang Islam tetap memilih negara ini," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini yang dihadiri lebih 50,000 rakyat. - Bernama

Tiada ulasan: