HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Julai 2017

Bawa ke mahkamah jika tak setuju pelantikan Md Raus - Azalina

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mana-mana pihak yang merasakan lanjutan perkhidmatan Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara bertentangan perlembagaan boleh membawa perkara itu ke mahkamah. 
 
Azalina berkata, pelantikan hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan bukan perkara baru kerana pernah dibuat pada tahun 2016 dan 1965.
 
Tahun lalu katanya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa dilantik semula untuk dua tahun dan begitu juga pada 1965 yang melibatkan bekas hakim Tan Sri S Chelvasingan Macintyre.
 
"Perlembagaan Persekutuan juga tidak menghalang untuk mana-mana hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan yang dilantik untuk terus menyandang sesuatu jawatan," katanya dalam satu kenyataan.
 
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.
 
Menurut kenyataan itu, pelantikan Ketua Hakim Negara itu dibuat mengikut Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.
 
Sementara itu, Azlina juga berharap semua pihak berhenti mempolemikkan perkara berkenaan, dan mahu lantikan itu dihormati kerana telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
 

Tiada ulasan: