HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Julai 2017

Beri Kami Sepenggal Lagi Dan Kami Akan Bina MRT Di Pulau Pinang – DAP

 Caspian



Semalam menyaksikan perasmian MRT Fasa 2 yang melengkapkan pembinaan MRT laluan Sungai Buloh ke Kajang yang memakan jarak sejauh 51 kilometer. Dengan perasmian berkenaan, seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah meraikan satu perkara gilang gemilang semalam.

Walhal, ianya hanyalah satu tanggungjawab besar kerajaan untuk membina satu jaringan pengangkutan awam untuk digunakan oleh penduduk di Lembah Klang.

Ketika kerajaan begitu gembira dengan perasmian MRT fasa kedua berkenaan, menurut satu sumber dalam kerajaan DAP Pulau Pinang, mereka turut mempunyai satu berita gembira untuk dikongsi bersama-sama penduduk Pulau Pinang dan para penyokong HARAPAN.

Menurut sumber berkenaan, kerajaan negeri Pulau Pinang dalam proses penilaian terakhir berhubung cadangan membina MRT di Pulau Pinang terutamanya di bahagian pulau negeri berkenaan. Paling utama, kos pembinaan MRT ini jauh lebih murah berbanding pembinaan MRT SBK. Dianggarkan kos keseluruhan pembinaan MRT ini hanya menelan belanja sebanyak RM 3 hingga RM 5 bilion sahaja.

Kata sumber berkenaan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng begitu bersungguh-sungguh mahu merealisasikan projek ini kerana menyedari, keadaan negeri terutamanya di bahagian pulau terlalu sesak.

Impian ini hanya tunggu kelulusan CM Lim sahaja dan agak sedikit tertangguh berikutan ura-ura yang menyatakan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 14 mungkin akan berlangsung pada masa terdekat. Oleh yang demikian, CM Lim amat berharap, DAP akan di beri mandat sepenggal lagi supaya projek mega ini dapat di laksanakan.

Beliau bimbang sekiranya Gerakan ataupun MCA menguasai negeri ini, projek khas untuk rakyat Pulau Pinang ini akan tergendala atau mungkin sahaja dibatalkan. Atas sebab inilah beliau berharap rakyat Pulau Pinang terus memberi mandat kepada DAP dan dirinya untuk terus mentadbir Pulau Pinang kearah jauh lebih maju.

Tiada ulasan: