HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Julai 2017

Chef Wan mengeluh harga barang mahal

MALAYSIA DATELINE

Chef Wan


Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail mendakwa tidak ada apa lagi yang murah di Malaysia walaupun kerajaan melaung-laungkan bahawa ekonomi bertambah baik.

Beliau yang lebih masyhur dengan panggilan Chef Wan berkata, harga ikan sekarang sangat mahal.

"Ambil ikan merah tiga keping besar sedikit nak buat sup ikan pun dah harga RM40," kata beliau dalam laman Instagramnya.

Chef Wan berkata, beliau terperanjat setiap kali membeli makanan laut.

"Tak ada apa lagi yang murah di Malaysia walapun kerajaan melaung-laungkan ekonomi kita bertambah baik.

"Iyo la kan ajo..." kata Chef Wan.

Setiap kali membeli-belah, beliau terfikir situasi golongan bawahan di negara ini meneruskan hidup mereka setiap hari.

Bagaimanapun, tinjauan Malaysia Dateline menunjukkan bukan golongan bawahan sahaja yang mengadu keperitan.

Seorang ahli korporat memberitahu, harga satu kilogram udang di pasar tani Taman Melawati RM75, kepah satu kilogram RM10 manakala ketam pula RM25 satu kilogram.

Beliau menyifatkan beban ekonomi yang digalas oleh rakyat kini berpunca dari "kerakusan MO1".

"Tahniah Pas kerana terus membela MO1," kata penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Tiada ulasan: