HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Julai 2017

Dakwaan Singapura babitkan 1MDB bermotif politik - Jho Low

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, mendakwa tuduhan Singapura terhadapnya bermotifkan politik selepas pendakwa dari republik itu menuduhnya menjadikan 1MDB sebagai mangsa.
 
Seorang jurucakap Low berkata percubaan untuk mengaitkannya dengan mereka yang mengaku bersalah dalam kes-kes mahkamah di Singapura berkaitan dengan 1MDB adalah "berasaskan kepada andaian yang tidak berasas".
 
"Ini adalah satu contoh yang berlebihan dengan satu tindakan yang bermotifkan politik dan naratif terpilih yang mendakwa 1MDB sebagai 'mangsa' apabila ia telah dinyatakan dengan jelas oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa tidak ada penyelewengan dana 1MDB.
 
"Tiada salah laku yang telah dibuktikan dalam mana-mana bidang kuasa yang berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB, dan perkembangan di Singapura ini tidak mengubahnya.
 
"Encik Low yakin mereka yang tidak memihak yang dibentangkan dengan fakta-fakta yang lengkap, akan melihat bahawa tuduhan itu cacat, berat sebelah dan memberi gambaran tidak tepat," kata jurucakap itu yang dipetik oleh The Malaysian Insight.
 
Bloomberg semalam melaporkan bahawa pendakwa di Singapura telah memberitahu mahkamah bahawa Low adalah tokoh utama dalam siasatan yang dikaitkan dengan 1MDB, dan telah menyalahgunakan wang daripada dana tersebut.
 
"Mangsa utama, dalam kes ini, adalah 1MDB," kata pendakwa Nathaniel Khng.
 
Semalam, bekas perancang harta tanah BSI Singapura Yeo Jiawei dijatuhi hukuman penjara 54 bulan selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang haram dan tuduhan menipu yang dikaitkan dengan 1MDB.
 
Yeo telah dilaporkan merujuk kepada Low sebagai "bos."
 
Selain Yeo, empat orang lagi telah disabitkan oleh mahkamah Singapura atas skandal 1MDB, dengan tiga daripadanya dijatuhi hukuman penjara.
 
 

Tiada ulasan: