HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Julai 2017

DAP adakan pemilihan semula CEC jika 'terpaksa'

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP akan mengadakan pemilihan semula partinya jika keadaan 'memaksa mereka berbuat demikian' sebagaimana yang digesa Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok mengatakan pihak parti tidak pernah menolak untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
 
"Adakah kita mempunyai pilihan untuk tidak mengadakan satu pemilihan?
 
"Jika mereka (ROS) membatalkan pendaftaran kita, bukankah itu lebih buruk?," ujarnya memetik laporan Malaysiakini.
 
RoS pada 7 Julai lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula parti itu selepas pemilihan pada 2013 tidak sah.
 
Sebelum mengambil saranan RoS itu, menurut Teresa, DAP perlu menerima surat rasmi daripada pertubuhan tersebut, memandangkan parti itu sehingga kini mendakwa tidak menerima sebarang kenyataan rasmi yang dihantar kepada parti itu.
 
Kegagalan RoS itu mengundang reaksi dari Ketua Biro Perundangan DAP, Gobind Sing Deo pada semalam yang memberi tempoh 48 jam kepada pertubuhan tersebut untuk memberi surat rasmi atau ia bakal berdepan dengan tindakan perundangan.
 
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata parti tidak boleh menolak kritikan orang ramai berhubung pemilihan semula DAP.
 
"Sekiranya anda mahu wujud, anda mesti mengikut aturan dan peraturan, kami (DAP) tidak takut dikritik oleh orang lain," katanya.
 
Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua turut menyuarakan kemungkinan pemilihan semula parti akan diadakan.
 
DAP mengadakan mesyuarat tergempar di kalangan CEC, sehari selepas pengumuman RoS selepas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa pertubuhan itu sengaja mensabotaj persiapan parti menghadapi pilihan raya.
 
 

Tiada ulasan: