HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Julai 2017

DUN Kelantan lulus usul Mat Yusoff hilang kelayakan

Wartawan MalaysiaGazette
Mat Yusoff Abdul Ghani

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang hari ini meluluskan usul memuktamadkan Datuk Mat Yusoff Abd Ghani dari Barisan Nasional (BN) hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri kerana diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Perkara itu diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdulah Ya’kub selepas majoriti ADUN mengundi bersetuju dewan tersebut melucutkan kelayakan Mat Yusoff.

Sebanyak 32 ADUN mengundi menyokong usul tersebut manakala sembilan berkecuali.

Usul memuktamadkan kelayakan Mat Yusoff tersebut dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassab.

Mohamed Fadzli berkata, usul tersebut dibuat mengikut Perkara 31 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh kerajaan Kelantan.– MalaysiaGazette

Tiada ulasan: