HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Julai 2017

Gandingan Dr M-Anwar lebih mantap berbanding Najib-Zahid Hamidi?

Berita Daily Staff

Netizen di sosial media mengalu-alukan gandingan mantap ini yang pernah memerintah negara ini pada tahun 90an
KUALA LUMPUR: Seorang anggota PKR hari ini berpendapat bahawa gandingan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim lebih mantap berbanding Perdana Menteri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke 14 (PRU 14).

Menurut G Rajendran, Naib Pengerusi PKR Melaka, gandingan Dr M dan Anwar bakal akan mencetuskan Tsunami Melayu pada PRU 14 seperti yang dikatakan oleh Presiden PPBM Muhyiddin Yassin.

“Lantikan Dr M dan Anwar sebagai Pengerusi dan Ketua Umum Pakatan Harapan masing-masing merupakan satu pencapaian penting dalam politik tanah air. Ini bukan pandangan saya. Tetapi, orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

“Netizen di sosial media mengalu-alukan gandingan mantap ini yang pernah memerintah negara ini pada tahun 90an.

“Dengan Dr M sebagai panglima akan menggerakkan angkatan PH di medan pilihanraya, Anwar pula akan merangka strategi untuk menewaskan BN. Ini jelas menunjukkan gandingan Dr M-Anwar lebih mantap berbanding Najib-Zahid yang pernah serasi,” tegas beliau.

“Bukanlah, satu rahsia di mana Zahid sebagai TPM hanya mengangguk kepala kepada segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Najib kerana takut kemungkinan menghadapi nasib sama seperti Muhyiddin yang dilucut jawatan kerana berani menyoal skandal 1MDB,” tambah beliau.

Rajendran juga menegas dengan lantikan-lantikan baru di pucuk pimpinan PH, Umno terasa gelisah untuk berdepan PRU.

“Pengalaman luas politik Mahathir dan semangat lawan Anwar bersama-sama Muhyiddin, Azmin Ali, Mukhriz Mahathir, Lim Guan Eng, Mohamed Sabu sudahpun menjadi mimpi buruk kepada Najib,” ujar Rajendran.

Terdahulu, semalam Pakatan Harapan menerusi mesyuarat Majlis Presiden mengumumkan Dr Mahathir sebagai Pengerusi parti itu.

Manakala mengetuai gabungan tersebut Anwar sebagai Ketua Umum jawatan siapa yang disandangnya dalam PKR sama seperti isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Muhyiddin pula menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan bersama-sama dengan Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali dibariskan bersama-sama Mukhriz, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub sebagai Naib Presiden Pakatan itu.

Tiada ulasan: