HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Julai 2017

Gerakan Pulau Pinang saman Guan Eng

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas kerap kali memfitnah parti itu bersabit penjualan tanah tambak di Tanjung Tokong (Sri Tanjung Pinang).
 
Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng mendakwa Guan Eng sering menuduh Gerakan Pulau Pinang di bawah pimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kononnya menjual tanah penambakan di Tanjung Tokong (Sri Tanjung Pinang) kepada pemaju pada tahun 1990-an dengan harga RM1 kaki persegi untuk keluasan 980 ekar bernilai RM42.7 juta.
 
"Kenyataan yang dibuat oleh Lim merupakan satu fitnah yang cukup tidak berasas. Tuduh jual tanah RM1 kaki persegi. 
 
"Kami telah berjaya mengumpul bukti-bukti yang cukup kukuh dan menyeluruh yang menunjukkan bahawa Guan Eng telah banyak kali menfitnah Gerakan dan Tan Sri Koh sejak tahun 2012 dan sehingga kini, beliau harus bertanggungjawab ke atas tindakannya. 
 
"Kami bercakap tentang fakta, jangan berbohong. Sedangkan mereka yang banyak jual tanah sejak 2008 sehingga kini. Kami ada senarai mereka jual tanah sejak 2008 hampir setiap tahun. Perkara ini pernah dikemukakan namun sehingga hari ini tidak dijawab. Jangan fitnah lagi, sedangkan mereka yang banyak jual tanah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PGRM di sini hari ini.  
 
Ketua Biro Undang-undang Pusat Gerakan, Datuk Baljit Singh yang mewakili parti tu menegaskan tindakan undang-undang tersebut dibuat bagi mempertahankan nama baik Tsu Koon dan imej serta kepentingan parti.
 
Gerakan turut menuntut Setiausaha Agung DAP itu membuat permohonan maaf secara rasmi tanpa syarat menerusi sidang media dalam tempoh tiga hari.
 
 

Tiada ulasan: