HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Julai 2017

Hampir setengah juta siswa belum tuntut KADS1M Debit-i

Bernama



KUALA LUMPUR –  Sejumlah 499,933 penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) masih belum menuntut Kad Debit-i Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit-i) di cawangan Bank Rakyat seluruh negara.

Bank Rakyat, dalam kenyataan hari ini, kesemua pelajar berkenaan dinasihatkan mengambil KADS1M sebelum 30 September ini, di cawangan bank semasa melakukan permohonan.

Bagi memudahkan pelajar untuk mengambil kad yang dipohon, Bank Rakyat melanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 8.30 malam pada Isnin hingga Jumaat di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu, pada Ahad hingga Khamis.

KADS1M Debit-i merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi untuk menerima diskaun bagi pembelian barang dan perkhidmatan daripada rakan dagang terpilih yang berdaftar di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: