HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Julai 2017

Isu bas percuma: Adun Rawang dicabar berundur

Berita Daily Staff

 Apa terjadi kepada RM1.2 juta yang diperuntukkan untuk bas percuma, soal NGO


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Masyarakat Tanjung Malim dan Slim River hari ini mendesak Adun Rawang, Gan Pei Nei supaya berundur sekiranya tidak dapat menepati janji kepada rakyat Rawang.

Memetik laporan sebuah portal tempatan pada 21 April yang lalu, Gan Pei dipetik berkata sebagai bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan dana RM1.2 juta untuk memberi perkhidmatan bas percuma kepada penduduk Rawang.

Menurut laporan itu lagi, perkhidmatan bas percuma membabitkan beberapa kawasan perumahan di Rawang termasuk Taman Bersatu, Taman Tun Perak, Taman Jati, Taman Tun Teja dan Tesco Rawang.

Gan Pei juga berjanji bahawa perkhidmatan ini akan dimulakan pada Julai 2017.

“Dimana bas percuma yang dijanjikan? Kata bulan Julai penduduk Rawang boleh menikmati bas percuma tetapi hari ini sudah 4 Julai, tetapi masih tidak kelihatan bas percuma di kawasan Rawang,” kata M Mythreyar, Setiausaha NGO tersebut.

“Maafkan saya jika saya silap mengangap bulan Julai yang dimaksudkan ialah bulan Julai 2017 atau bulan Julai 2050,” sindir beliau dalam satu kenyataan.

Mythreyar turut menyoal apa terjadi kepada RM1.2 juta yang diperuntukkan untuk bas percuma.

“Saya mencabar Yb Gan Pei Nei supaya berdiri di depan bank Hong Leong (cawangan Rawang) untuk mendapatkan tandatangan dari penduduk Rawang bagi bas percuma hanya untuk sehari… Baru Yb Gan Pei Nei dapat rasa kesukaran dan keinginan penduduk untuk bas percuma,” tegas beliau lagi.

Tiada ulasan: