HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Julai 2017

Isu telur penyu: Ismail Sabri saman penerbit akhbar Daily Express

MALAYSIA DATELINE

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyaman penerbit akhbar Daily Express dan editornya, James Sarda bagi menuntut ganti rugi RM10 juta ekoran didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung isu hidangan telur penyu di Sabah tahun lalu.

Ismail selaku pihak plaintif menamakan Sabah Publishing House Sdn. Bhd. dan Sarda sebagai pihak defendan dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mac lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya pihak plaintif menyatakan, Daily Express bertarikh 24 Januari 2016 telah dengan niat jahat menyiarkan artikel bertajuk, Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept bersama sekeping gambar plaintif.

Pihak defendan seterusnya telah menyiarkan artikel kedua bertarikh 3 September 2016 bertajuk," Beluran turtle eggs: Findings left to the AG".

Artikel ketiga pula disiarkan pada 6 September bertajuk, "Explain ‘turtle egg’ confusion first, Lim tells Minister."

Pihak plaintif mendakwa, pernyataan tersebut sengaja direka untuk memburukkan dan mencemarkan reputasi selain mempersendakan kedudukannya sebagai Menteri, Ahli Parlimen dan ahli politik.

Beliau sehubungan itu, menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi seperti dilapor media perdana hari ini.

Tiada ulasan: