HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Julai 2017

Jamal kata tak terima notis saman berkaitan YAWAS

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memberitahu tidak pernah menerima sebarang notis rasmi saman berkaitan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
 
Respon itu diberikan selepas ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin mendesak Jamal menjawab saman RM5 juta yang dikemukakan terhadapnya.
 
Yeo ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika pengurusan kes pertama terhadap saman yang difailkan pada 14 Julai lepas.
 
“Dia perlu datang ke mahkamah dan failkan pembelaannya.
 
“Biarlah perbicaraan diadakan supaya saya dapat bersihkan nama saya,” kata Yeo.
 
Untuk rekod Yeo mengemukakan saman terhadap Jamal selepas pemimpin Umno itu mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan melalui YAWAS.
 
Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes.
 
Peguam Yeo, SN Nair berkata pihaknya akan memohoan penghakiman ingkar jika Jamal masih tidak muncul pada tarikh itu nanti.
 
Nair juga memaklumkan tidak menerima respon daripada peguam yang mewakili Jamal sehingga kini.
 
 

Tiada ulasan: