HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Julai 2017

Jangan Politikan Isu Pinjaman Pendidikan

Muzaffar Syah Mallow

Pinjaman


Mana – mana pihak dalam negara kita tidak sewajarnya mempolitikan isu pinjaman pendidikan dalam negara kita. Setiap kali hampirnya musim pilihanraya, maka muncul lah janji – janji manis untuk melakukan pelbagai perkara bagi menarik perhatian golongan pengundi dalam negara kita.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah perkara yang berkaitan dengan isu pinjaman pendidikan. Isu yang membabitkan pinjaman pendidikan tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan politik oleh mana – mana pihak kerana pihak yang terlibat dengan pemberian pinjaman berkenaan telah bertukus lumus memastikan para peminjam dapat melunaskan kembali segala pinjaman yang telah mereka buat.

Perlu diketahui, kebanyakkan mereka yang meminjam untuk pinjaman pendidikan adalah terdiri daripada generasi muda yang bakal menempuhi alam pekerjaan dan rumahtangga.

Sekiranya terlalu banyak janji manis yang diberikan khusus mengenai perkara ini seolah – olah memberi tahu kepada mereka bahawasanya tidak salah bagi mereka untuk terus berlengah – lengah, menangguhkan mereka serta tidak perlu untuk membayar balik segala pinjaman yang relah dibuat.

Akhirnya ia akan mengakibatkan mereka menjadi individu yang tidak bertanggungjawab serta individu sambil lewa terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan di masa hadapan.

Tidak salah sekiranya kita bersuara untuk membantu para peminjam melunaskan segala hutang mereka dengan memudahkan proses pembayaran balik pinjaman. Namun satu perkara pokok yang paling penting dalam perkara ini ialah setiap daripada kita perlu dilatih dari usia muda bahawa setiap hutang yang dibuat perlu dibayar tanpa lengah – lengah. Sekiranya, kita tidak mampu membayar balik terhadap hutang yang dibuat, maka tidak perlu lah kita untuk membuat hutang.

Orang muda khususnya harus di didik supaya mereka lebih berdisplin untuk melunaskan segala tanggungjawab mereka. Sekiranya mereka berjaya dilatih dari peringkat awal untuk berdisplin dan bertanggungjawab khusus dalam aspek pengurusan kewangan diri mereka, sudah pasti mereka dapat menempuhi segala dugaan dan cabaran yang bakal datang di dalam kehidupan mereka kelak.

Tiada ulasan: