HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Julai 2017

Kanak-kanak dua tahun ditemui mati

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SEGAMAT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dengan beberapa kesan lebam di badan dan kepala di bilik sewa keluarganya di Jalan Ros dekat sini, awal pagi tadi. 
 
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata ibu mangsa berusia 40-an dan anak lelakinya, 22, yang berstatus lembam ditahan hari ini bagi membantu siasatan. 
 
Katanya, mereka ditahan sejurus membuat laporan polis berhubung kematian kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, kira-kira jam 6 pagi tadi. 
 
"Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak perempuan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya di bilik sewa tingkat tiga premis rumah kedai kira-kira jam 1 pagi tadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 
 
Raub berkata, wanita itu mendakwa berpesan kepada anak lelakinya supaya mengawasi mangsa sebelum keluar menjalankan urusan ke bandar Segamat. 
 
Sebaik pulang, katanya, ibu mangsa melihat anak perempuannya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital. 
 
"Kanak-kanak itu dibawa ke wad kecemasan hospital namun dipercayai meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan. "Pemeriksaan lanjut menemui beberapa kesan lebam di belakang badan kepala mangsa. 
 
"Ibu mangsa dipercayai berstatus ibu tunggal dan tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya. 
 
Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi membantu siasatan. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
 

Tiada ulasan: