HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Julai 2017

Keluarga Thaqif buat keputusan dapatkan nasihat guaman

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KELUARGA pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat guaman daripada demi keadilan anak mereka. 
 
"Biar peguam selesaikan," kata bapa kepada Mohamad Thaqif, Mohd Gadaffi Mat Karim kepada pemberita hari ini.
 
Gadaffi berkata dia dan isterinya juga tidak akan hadir ke IPD Kota Tinggi, Johor mahupun berjumpa dengan pakar perubatan mengenai penjelasan hasil kajian berkaitan kes tersebut. 
 
"Saya tak nak hadir sebab saya takut kalau kena tandatangan apa-apa yang saya tidak tahu. Sama seperti sewaktu mereka ingin potong kaki anak saya. Mereka bagi saya tandatangan, lepas tu baru beritahu risikonya. 
 
Kematian Thaqif pada April lalu disahkan akibat leptospirosis atau penyakit kencing tikus, dedah laporan bedah siasat kedua. 
 
Gadaffi turut mempersoalkan hasil bedah siasat berkenaan yang didakwa tidak logik dan meragukan.
 
“Kalau betul anak saya kena kencing tikus, kenapa dapat tahu lepas tiga bulan dia meninggal dunia? Kenapa tidak awal lagi? 
 
"Selepas dapat tahu keputusan semalam itu pun dari wartawan, orang sekeliling cakap saya patut minta maaf kepada pembantu warden," katanya. 
 
Mengulas mengenai sidang media yang diadakan pihak Madrasah Tahfiz Al-Jauhar hari ini, dia menyatakan rasa terkilan kerana pihak madrasah terbabit tidak pernah memohon maaf daripadanya.
 
“Apa motif mereka? Yang saya terkilan orang sesama Islam buat macam ini. Kena faham kenyataan itu daripada arwah sendiri yang kena pukul.
 
“Mereka tidak minta maaf langsung. Budak takkan bohong,” katanya.
 
Kes kematian Thaqif mendapat liputan meluas selepas laporan bedah siasat pertama menunjukkan wujud kesan penderaan. 
 
Madrasah itu sebelum ini mengakui sedia maklum tentang rekod jenayah pembantu warden yang didakwa memukul Thaqif.
 
Pengetuanya Mohammad Afdhaluddin berkata madrasah itu memberi peluang pekerjaan kepada lelaki yang dikenali sebagai Syafiq itu walaupun tahu dia bekas banduan.
 
 

Tiada ulasan: