HALAMAN SANTAI

Ahad, 16 Julai 2017

Kereta terkunci, kanak-kanak 5 tahun terperangkap

 
Kanak-kanak terbabit terperangkap apabila ibunya meninggalkan mangsa yang sedang tidur di kerusi penumpang belakang untuk membeli makanan di gerai makan berdekatan.


girl-left-in-car

PETALING JAYA: Seorang ibu melalui detik cemas apabila anak perempuannya berusia 5 tahun terperangkap dalam kereta yang terkunci kira-kira 30 minit di pekan Tanjong Karang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa, Nur Assyifaa Mohammad Asraf dapat diselamatkan oleh anggota bomba yang berjaya membuka pintu kereta jenis Toyota itu.

Mangsa kemudian diserahkan kepada ibunya, Noorhafizah Mohamed Syukim, 38.

Dipetik Utusan Online, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang Azmi Abbas berkata, kanak-kanak terbabit terperangkap dalam kenderaan itu apabila ibunya meninggalkan mangsa yang sedang tidur di kerusi penumpang belakang untuk membeli makanan di gerai makan berdekatan.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, kira-kira setengah jam kemudian sebaik ibu mangsa ingin pulang, dia mendapati kenderaan itu terkunci sendiri menyebabkan anaknya yang tidur di kerusi penumpang belakang terperangkap.

Bomba mengambil masa kira-kira 3 minit untuk membuka pintu kereta tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

Tiada ulasan: