HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Julai 2017

Kuarters JKR terbakar, 16 hilang tempat tinggal

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SIBU: Dua unit kediaman di kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Bukit Lima di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
 
Kejadian pada jam 2.15 pagi itu turut menyebabkan dua lagi unit kediaman bersebelahan terbakar kira-kira 25 peratus. Berikutan kejadian itu, 16 penghuni di dua unit kediaman terbabit hilang tempat tinggal.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalif Ja'far berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.18 pagi. Beliau berkata, 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dengan bantuan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dikejarkan ke lokasi kejadian.
 
"Anggota mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke unit kediaman yang lain.
 
"Kuarters sederet itu mempunyai sembilan unit kediaman dengan dua daripadanya musnah dalam kejadian itu manakala dua lagi 25 peratus hangus," katanya.
 
Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian.
 
 

Tiada ulasan: