HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Julai 2017

‘Lihat, hidu dan rasa’ sebelum jamah juadah rumah terbuka

Wartawan MalaysiaGazette

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu mengamalkan kaedah ‘lihat, hidu dan rasa’ ketika menghadiri majlis rumah terbuka hari raya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, orang ramai juga digalakkan membasuh tangan sebelum menjamah juadah.

“Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan kesihatan, kebersihan, dan keselamatan makanan sebelum menikmati juadah raya. Di samping kita bergembira, berhati-hatilah agar tragedi keracunan makanan dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, kes keracunan makanan sepanjang bulan Syawal tahun lepas meningkat sebanyak 51.6 peratus menjadi bukti kebimbangan pihaknya.

Justeru, pihaknya menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan peka terhadap soal kebersihan.

Menurutnya, sepanjang Syawal banyak undangan rumah terbuka termasuk diadakan di pejabat, sekolah dan rumah-rumah persendirian.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: