HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Julai 2017

Lim: Arahan ROS berniat sabotaj DAP


 

Keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dianggap berniat untuk mensabotaj persiapan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Membuat kenyataan itu selepas empat tahun bertujuan melumpuhkan pengurusan parti kami dan merisikokan persiapan kami untuk PRU14," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kepimpinan tertinggi DAP hari ini mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu bagi membincangkan arahan ROS semalam yang tidak mengiktiraf pemilihan CEC pada 2013.

Sementara itu Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, DAP masih belum menerima surat rasmi daripada ROS untuk memaklumkan keputusan mereka itu.

Lim juga menegaskan isu pemilihan baru tidak seharusnya timbul kerana parti itu telah mengadakannya pada 29 September 2013, mengikut arahan asal ROS.

ROS dalam satu kenyataan semalam mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutifnya.

Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah berkata keputusan itu dibuat selepas ROS mendapati bahawa pemilihan semula DAP yang diadakan pada 29 September 2013, tidak mengikut undang-undang.

Tiada ulasan: