HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Julai 2017

Mahkamah tolak saman suami Shahrizat terhadap Nurul Izzah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk menyaman PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung tuduhan menyalah guna dana dalam pembelian 8 unit hartanah di KL Eco City.
 
Mahkamah dipengerusikan hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim turut memerintahkan NFCorp dan Salleh membayar kos RM50,000 kepada Nurul Izzah dan Datuk Saifuddin Nasution, yang mewakili PKR selaku setiausaha agung.
 
Pada Mac 4, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menolak saman tersebut, dan menganggap kenyataan Nurul Izzah tidak merupakan fitnah memandangkan ia dibuat atas kapasitinya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai.
 
Hue berkata kenyataan Nurul Izzah itu ditujukan terhadap isteri Salleh, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil, ketua Wanita Umno yang juga bekas ahli Parlimen Lembah Pantai.
 
Salleh memfailkan saman fitnah terhadap Nurul Izzah dan Saifuddin pada December 2013 berhubung pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai pembelian 8 unit hartanah oleh Salleh menggunakan dana NFCorp.
 
Nurul Izzah dan Saifuddin diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli dan Joshua Kevin Sathiaseelan, manakala Salleh diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
 
 

Tiada ulasan: