HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Julai 2017

Maut terperangkap dalam kereta


Maut terperangkap dalam kereta
Nor Nadia turut meluahkan impiannya dalam Facebook agar dua anak syurganya itu menunggu dia dan suaminya.
 
BAGAN DATUK - Tiga maut dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.33 pagi itu, bayi berusia tujuh bulan, Uwais Al Qarni Mohamad Salleh, Asma’ Basyirah Mohamad Salleh, 2, dan ibu saudara mereka, Zahidah Abdul Wafir, 31, maut selepas terperangkap dalam kereta yang terjunam dalam parit berair.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dalam kenyataan kepada media berkata, kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang itu,  Nor Nadia Mat Kassim, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan masuk ke dalam parit berair.
Jenazah Zahidah dibawa untuk pengebumian.
"Akibatnya, penumpang Perodua Myvi, Zahidah maut di tempat kejadian manakala Asma’ Basyirah dan Uwais Al Qarni meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI).

“Dalam kejadian itu juga suami Nor Nadia, Mohamad Salleh Abdul Wafir cedera.

"Seorang lagi penumpang iaitu Ahmad Yasin patah tulang paha sebelah kiri dan kini mendapat rawatan di HTI," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Tiada ulasan: