HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Julai 2017

MP PSM heret wakil rakyat DAP Perak ke mahkamah

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Sungai Siput dari PSM, Dr D Jeyakumar memfailkan saman fitnah ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai dari DAP, A Sivanesan di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Tindakan tersebut dibuat lebih sebulan selepas Jeyakumar menuntut permintaan maaf daripada Sivanesan kerana didakwa membuat keraguan dalam tindakan pengisytiharan harta.

Jeyakumar, dalam kenyataan hari ini berkata, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Sivanesan pada 23 Mei tetapi wakil rakyat DAP itu dalam jawapan pada 29 Mei yang lalu menegaskan tidak memfitnah.

Jeyakumar menambah, sebelum memfailkan saman itu, beliau telah meminta beberapa pemimpin DAP untuk campur tangan tetapi tidak berjaya.

"Saya telah hubungi Ahli Parlimen Beruas dari DAP Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar untuk menasihati Sivanesan agar memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

"Selepas itu, saya hubungi Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke meminta campur tangan dan menyelesaikan isu ini kerana saya tidak mahu mengheret Sivanesan ke mahkamah.

"Namun, usaha ini tidak berjaya," katanya.

Tambah Jeyakumar, selain meminta Sivanesan meminta maaf dan menarik balik kenyataan, beliau tidak menuntut apa jua pampasan.

Tiada ulasan: