HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Julai 2017

Mukhriz: Bertanding jawatan naib presiden Umno untuk lawan Najib

 
Muhkriz mendakwa Najib selaku presiden Umno mahu melihat semua jawatan tertinggi dalam parti itu menang tanpa bertanding.


mukhriz-umn


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2013 walaupun tidak mendapat restu presidennya kerana mahu melihat demokrasi berkembang dalam parti itu.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Datuk Seri Najib Razak mahu melihat semua jawatan tertinggi dalam parti itu menang tanpa bertanding.

“Najib dan timbalannya ketika itu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menang tanpa bertanding. Dia juga mahu melihat 3 naib presiden dikekalkan,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam, Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Mukhrizakhirnya menawarkan diri untuk jawatan itu apabila presiden hanya mahu beliau bertanding untuk kerusi dalam majlis tertinggi Umno.

“Saya menentang budaya larang bertanding dalam pemilihan parti,” katanya sambil menambah bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam turut bertanding.

Tiga jawatan naib presiden dimenangi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Muhyiddin dan Mukhriz kemudiannya dipecat daripada parti itu, manakala Shafie meletak jawatan kerana ketiga-tiga mereka mengalami hubungan yang kritikal dengan Najib berhubung isu 1MDB.
Mukhriz saksi pertama dalam kes saman fitnah terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Pada 3 Mei tahun lepas, Mukhriz memfailkan saman itu ke atas 4 kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tengku Sariffuddin pada 15, 20, 23 dan 26 April.

Mukhriz mendakwa kenyataan fitnah Tengku Sariffuddin yang disiarkan itu memberikan gambaran Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mempersiapkannya untuk menjadi perdana menteri.

Dalam pembelaannya, Tengku Sariffuddin berkata beliau tidak pernah memfitnah Mukhriz dalam mana-mana kenyataan medianya, yang hanya mahu menjelaskan isu dan berita tidak benar mengenai Najib.

Tengku Sariffuddin berkata kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat dan tanpa niat jahat.

Kenyataan medianya dibuat atas kapasiti rasmi untuk mengelakkan khabar angin atau tuduhan politik terhadap perdana menteri.

Ditanya semula oleh peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Mukhriz yang kini timbalan presiden PPBM berkata, beliau menjangkakan kemenangan moral walaupun kalah dalam pertandingan jawatan naib presiden.

“Saya mendapat undi popular tetapi Hishammuddin memenangi slot terakhir kerana lebih ramai ahli Umno memihak kepadanya,” katanya.

Beliau berkata pencapaian itu boleh diakui kerana bapanya, Dr Mahathir, yang juga bekas perdana menteri, berundur 10 tahun lalu.

“Ketika Dr Mahathir menjadi presiden parti, dia tidak membenarkan saya bertanding,” kata Mukhriz sambil menambah beliau hanya memenangi kerusi Pemuda Umno pada 2004, setahun selepas ayahnya meletak jawatan.

Mukhriz berkata Najib yang mencadangkan agar beliau dilantik sebagai menteri besar Kedah sekiranya BN menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Saya ketika itu menjadi timbalan ketua perhubungan Umno negeri dan diminta memimpin jentera pilihan raya walaupun ketuanya adalah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah,” katanya.

Beliau berkata 2 hari sebelum tarikh pengundian, Najib mencadangkan namanya untuk jawatan tersebut di mana piliharaya itu dimenangi oleh PAS. PAS kemudiannya mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Mukhriz berkata Bashah dijadikan senator dan kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri untuk mencegah konflik politik di Umno negeri.

Katanya, berkata beliau menceburkan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat walaupun bapanya tidak menggalakkannya. Beliau menambah Dr Mahathir menjadi modal peranannya.

Tiada ulasan: