HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Julai 2017

Nahas Lahad Datu: Identiti empat mangsa dikenal pasti

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
LAHAD DATU: Empat mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dengan lori tangki di Kilometer 3, Jalan Lahad Datu-Tungku, pagi tadi, sudah dikenal pasti. 
 
Polis mengesahkan identiti empat mangsa yang maut dikenali sebagai pemandu van, Eddie Luna, 46; dan tiga penumpang iaitu Mohamad Jujani, 67; Hanisah Baskua, 37; dan Kabdatul Alinjaman, 34. 
 
Semuanya berbangsa Bajau tetapi maklumat terperinci belum diperoleh. 
 
Dalam perkembangan berkaitan, pemandu lori tangki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. 
 
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata siasatan awal nahas lori dan van kira-kira jam 6 pagi itu mendapati, kedua-dua kenderaan bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan menghala Tungku. 
 
"Lori berkenaan dari arah Lahad Datu ke Tungku. Semua mangsa dalam van meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berbangsa Bugis ditahan untuk siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.
 
 

Tiada ulasan: