HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Julai 2017

Pakatan Harapan Tidak Tolak Perkenal Tol Baru Tapi Ikrar Hapus Tol Lama

Suara Kebenaran



Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan semua konsesi tol yang diperkenal semasa zaman pemerintahan BN jika berjaya menawan Putrajaya tapi dalam masa yang sama tidak menolak untuk memperkenalkan konsesi tol baru.

Antara konsesi tol baru yang akan diperkenalkan ialah di Penang dan Selangor.  Penang akan melaksanakan tol untuk projek Terowong Bawah Laut dan laluan alternatif ketiga yang berkaitan dengan terowong tersebut.

Berbeza dengan konsesi tol yang dilaksanakan dibawah BN, konsesi tol yang akan diperkenalkan Pakatan Harapan lebih menguntungkan rakyat dari banyak segi.  Antara lain, konsep konsesi Pakatan Harapan tidak akan menyelitkan keperluan menaikkan tol setiap 3 tahun seperti sekarang sebaliknya formula tersendiri yang akan diberitahu kelak.

Konsesi tol Pakatan Harapan juga mempunyai banyak kelebihan yang menguntungkan rakyat termasuk mengambil kira perkembangan teknologi semasa seperti pengenalan kereta terbang dan sebagainya di masa hadapan.

Semua ini tidak diambil kira dalam perjanjian konsesi yang dikendalikan oleh BN.

Tiada ulasan: