HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Julai 2017

'Pasport sah tak berikan hak pada MP ke luar negara'

MALAYSIAKINI


Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan seseorang yang memiliki pasport yang sah tidak memberikannya hak untuk melancong ke luar negara.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh membuat keputusan itu apabila menolak rayuan oleh Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Hakim lain adalah Tan Sri Idris Harun dan Datuk Kamardin Hashim.

Mahkamah juga memutuskan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan apa-apa mengenai perjalanan ke luar negara.

Hakim Idrus, yang menulis keputusan itu sebulat suara, mengatakan Artikel 9 mengenai kebebasan bergerak adalah terhad bagi perjalanan di dalam negara.

Mahkamah rayuan selanjutnya memutuskan bahawa Jabatan Imigresen tidak perlu memberi alasan kepada Pua mengenai mengapa dia dilarang melakukan perjalanan ke luar negara.

Pua dilarang melakukan perjalanan ke Yogjakarta pada 22 Julai 2015, selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu ketua pengarah imigresen melalui surat bertarikh 15 Julai 2015 bahawa ahli politik DAP itu sedang disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan mengenai aktiviti yang dikatakan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ekoran itu, Pua memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman pada bulan Ogos 2015 bagi membatalkan keputusan imigresen untuk mengeluarkan perintah menghalangnya ke luar negara.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan itu untuk memutuskan bahawa hak untuk ke luar negara bukanlah hak perlembagaan

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: