HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Julai 2017

PERKASA gesa boikot Starbucks, Microsoft kerana sokong LGBT

ANTARAPOS.COM

Post Pic


SHAH ALAM: Gusar dengan kempen mempromosikan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), PERKASA hari ini mendesak rakyat di negara ini memboikot rangkaian minuman popular Starbucks.

Bukan itu sahaja kumpulan pendesak Melayu itu juga meminta kerajaan membatalkan lesen syarikat berkenaan, di samping mengharamkan Microsoft.
 
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Amini Abdullah berkata kempen yang ditonjolkan dua syarikat berkenaan jelas bertentangan dengan agenda nasional.
 
"Sokongan mereka kepada perkahwinan sejenis dan komuniti LGBT tidak selari bahkan bertentangan dengan aspirasi negara dan agenda nasional," kata Amini dalam satu kenyataan hari ini.
 
Dikatakan Pengerusi Starbucks, Howard Schultz menyokong perkahwinan sesama jantina dan LGBT,
 
Malah Schultz sebagaimana pada tahun 2013 juga mengakui bahawa pendirian pro-LGBT oleh Starbucks telah menurunkan pendapatan syarikat itu.
 
Sementara Microsoft pula sebelum ini diketahui memiliki dasar yang pro kepada kakitangan yang mempunyai kecenderungan gay dan lesbian.
 
Mengulas lanjut Amini menyifatkan dokongan dua syarikat berkenaan terhadap kempen LGBT menyanggahi ajaran Islam dan Perlembagaan Persekutuan.
 
"PERKASA juga percaya amalan LGBT adalah amalan yang bukan sahaja bertentangan dengan Islam sejak sekian lama bahkan bertentangan dengan naluri dan fitrah manusia.
 
"Amalan LGBT tidak pernah mendapat pengiktirafan majoriti umat Islam di negara ini dan dunia. Tidak pernah ada satupun fatwa sejak 1438 tahun yang lalu yang membenarkan amalan LGBT," katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan: