HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Julai 2017

PM berhak bercuti guna pesawat rasmi kerajaan - Syed Ali

Astro Awani
PM berhak bercuti guna pesawat rasmi kerajaan - Syed Ali
Syed Ali mengecam pihak yang mempertikaikan penggunaan pesawat udara milik kerajaan oleh Datuk Seri Najib - Gambar UMNO Cheras
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengecam pihak yang mempertikaikan penggunaan pesawat udara milik kerajaan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bercuti ke Bali, Indonesia dan Perth, Australia.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menyifatkan perbuatan tersebut sengaja dilakukan pihak tertentu bertujuan untuk memburukkan imej dan reputasi Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Ini semua agenda politik kotor pihak tertentu termasuk portal berita pro-pembangkang, yang dilihat seperti sengaja memainkan isu tersebut untuk menarik perhatian rakyat," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Menurutnya, seseorang Perdana Menteri termasuk timbalannya dibolehkan menggunakan pesawat rasmi kerajaan sama ada untuk tugas rasmi atau bercuti bersama keluarga.

Jelas beliau lagi, penggunaan pesawat udara milik kerajaan, dibolehkan kepada seseorang Perdana Menteri dengan mendapat kelulusan Kabinet.

–– ADVERTISEMENT ––
"Jadi, kenapa bila Najib bercuti bersama keluarga dengan menggunakan kemudahan pesawat kerajaan, ianya menjadi pertikaian banyak pihak terutama pembangkang, sedangkan perkara tersebut bukan sesuatu yang dilarang?" soalnya.

Syed Ali kesal penggunaan pesawat rasmi kerajaan oleh Najib menjadi tumpuan pembangkang dan pihak berkepentingan dengan menularnya di media-media sosial.

"Cara mereka seolah-olah Najib telah melakukan satu kesalahan, mereka tularkannya di media sosial untuk menanam perasaan kebencian, ini tidak betul dan berniat jahat," tegasnya.

Katanya, pihak berkenaan termasuk pembangkang sepatutntya berfikiran secara rasional dan mempunyai pengetahuan mengenai hak dan keistimewaan seseorang Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan, walaupun Najib pergi bercuti ke Bali dan Perth bersama keluarga tetapi beliau tetap seorang Perdana Menteri Malaysia yang memiliki keistimewaan seperti yang sudah termaktub dalam peraturan kerajaan.

"Pihak yang mempertikai dan mempolitikkan percutian Najib sebenarnya terlalu dangkal cara pemikiran mereka dan dipenuhi dengan sikap kebencian melampau," tegasnya.

Perdana Menteri bersama keluarga bercuti di Bali sehingga 30 Jun lepas sebelum dijadual berlepas untuk menyambung percutian mereka di Perth.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata seseorang individu berhak mendapat rehat atau percutian terutama bersama keluarga kerana ruang tersebut mereka boleh melupakan sebarang tekanan atau kesibukan semasa bekerja.

"Masa percutian itulah mereka berpeluang bersama keluarga, mengeratkan hubungan silaturahim setelah penat bekerja dan inilah juga fitrah manusia yang memerlukan masa rehat," katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, adalah amat wajar untuk Perdana Menetri mengambil peluang dan ruang untuk bercuti bersama keluarga setelah dibeban dengan tugas dan tanggungajawab untuk mentadbir negara.

"Najib adalah manusia biasa seperti kita, memerlukan waktu rehat dan mempunyai kewajipan untuk bersama keluarga, jadi tidak ada keperluan mana-mana pihak mempertikaikan percutian beliau," tegasnya.

Tiada ulasan: