HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Julai 2017

PPIM: Boikot Starbucks sebagai tanda prihatin terhadap Islam

Oleh Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemboikotan yang dicadangkan PERKASA terhadap dua syarikat yang didakwa mendokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh dilaksanakan tetapi perlu diteliti dengan lebih mendalam, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
 
Beliau merujuk kepada gesaan kumpulan pendesak Melayu itu yang menggesa kerajaan membatalkan lesen syarikat rangkaian kopi popular, Starbucks dan Microsoft kerana mempromosi perkahwinan sejenis.
 
Menurut Nadzim, gesaan untuk memboikot Starbucks mungkin mudah dilakukan kerana ia memerlukan sokongan orang ramai, namun situasi berbeza terhadap Microsoft kerana ia merupakan perisian yang digunakan secara meluas. 
 
"Nak boikot sebenarnya ada kaedah-kaedahnya, yang mudah nak boikot adalah Starbucks, kalau kita dapat sokongan.
 
"Boikot ini kita pilih jugak, maknanya kita akan bagi satu keutamaan kerana memboikot Microsoft agak sukar kerana banyak peranti menggunakan Microsoft. Jadi kita cadangkan kita boleh boikot secara umum.
 
"Tetapi produk-produk ini adalah produk yang bertentangan dengan aspirasi negara kita yang itu kita boleh boikot tetapi kita mudah nampak hasil jika boikot itu dilakukan kepada Starbucks, "katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.
 
Nadzim bagaimanapun berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan PERKASA, namun sejauh mana keberkesanan pelaksanaan itu bergantung kepada pengguna di Malaysia.
 
"Dalam konteks ini apa yang kita lihat itu cukup baik kalau kita dapat laksanakan, saya kalau boleh ingin rakyat Malaysia sokong PERKASA itu.
 
"Bukan semua benda kita boleh buat tapi sekurangnya kita buat satu protes untuk tunjukkan keprihatinan kita terhadap perkara berkaitan dengan perlembagaan, kedaulatan dan Islam sebagai agama persekutuan.
 
"Jadi kita ingin beri fokus kepada Starbucks kerana kita boleh tengok dalam masa sebulan kita boleh nampak (hasilnya) kalau kita buat dan kalau kita bagi semangat juang. 
 
"Kita memang sokong tetapi tidak tahulah pengguna akan menerima kerana mereka melihat mudah tentang perkara ini," katanya lagi.
 
Beliau dalam pada masa yang sama memberikan satu anologi tentang pemboikotan yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu dimana umat Islam tidak membeli air yang dijual oleh orang yahudi.
 
"(Pada zaman) Rasulullah dulu, katakan orang Yahudi jual air, hari esok orang Islam jual, hari orang Islam jual orang ramai datang beli air tetapi bila hari orang Yahudi jual tiada orang yang akan beli.
 
"Jadi ini berlandaskan kepada semangat dan taktikal dimana ianya dikira sebagai satu langkah yang bagus,"ujar beliau lagi.
 
 

Tiada ulasan: