HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Julai 2017

Remaja rosak akhlak temui sinar di RPWP

Shawaliah Hadir

Pendekatan yang digunakan oleh Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) yang menyelitkan pendidikan kemahiran walaupun tidak bersekolah di sekolah kebangsaan yang lain selain mengutamakan pendidikan agama

KAJANG: Pernah keluar masuk penjara dan institusi pemulihan akhlak, Sekolah Henry Gurney, Wan Shamsul Arif Wan Rosli  akhirnya menemui sinar di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Wan Shamsul

Belum pun setahun menjadi warga rumah pengasih itu oleh ibunya, namun remaja berusia 16 tahun itu merasakan begitu mudah untuk terdidik khususnya dari aspek akhlak dengan pendekatan yang digunakan oleh tenaga-tenaga di situ.

“Mereka (keluarga) sangat bersyukur saya ada di sini sebab saya dah banyak tempat pergi.”

“Masuk keluar penjara, kemudian di Henry Gurney. Kemudian masuk sini, di sinilah saya nampak jalan sebenar ke mana hala tuju saya.

“Sebelum saya masuk ke RPWP ini, dulu saya berada di luar. Dari segi akhlak, tak teratur sebab saya tak dengar kata mak ayah.”

“Selalu melawan banyak perkara tidak baik saya buat. Berbeza di sini, ibu-ibu ayah-ayah tegur. semua orang lihat tingkah laku saya,” katanya ketika ditemubual Berita Daily.

Tambah Wan Shamsul yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, kesemua tenaga pengajar yang dipanggil sebagai ayah dan ibu di situ penerapan yang digunakan RPWP khususnya menyelitkan pendidikan kemahiran selain daripada pembentukan akhlak menjadikan hatinya selesa berada.

Justeru itu, Aidilfitri kali ini membawa 100 erti kepadanya kerana dapat memperbaiki akhlak dalam masa yang sama dapat menimba ilmu yang bermanfaat dan berbeza daripada sekolah-sekolah biasa.

“Saya suka di sini sebab kemahiran. Kalau di luar, kita kena belajar, masuk universiti dulu, kena ada sijil..diploma.

“Di sini, jika tiada akademi pun sekurang-kurangnya kita ada kemahiran tangan,” kata anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.

Mohammad hakimi

Bagi Muhammad Hakimi Abdullah, 14 pula berkata silaturahim yang terjalin di kalangan penghuni RPWP memikat hatinya, lama-kelamaan hatinya semakin lembut untuk terus berubah dan berubah.

“Di sini saya dibina akhlak dan pembelajaran di sini, walaupun dulu saya bermasalah, di sini mereka terima masalah saya.

“Perubahan dari segi akhlak, dulu macam-macam masalah. Di sini juga ia mengeratkan silaturrahim sesama ibu ayah, abang, kakak.

“DI sini mereka pentingkan kasih sayang terhadap kawan-kawan, ibu ayah. Di situ kita jalinkan hubungan yang erat dan di situlah berubahnya akhlak dengan nasihat ibu dan ayah (tenaga pengajar),” ujar anak sulung dari lima adik-beradik itu.

Oleh kerana terhutang budi dengan rumah tersebut yang mengubah dirinya dan meninggalkan pelbagai perbuatan yang tidak bermoral sebelum ini, Muhammad Hakimi berazam untuk menjadi tenaga pengajar di situ kelak.

Tiada ulasan: