HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Julai 2017

Saya terima cadangan Kit Siang, kata Husam

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
  
 
SHAH ALAM: Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menerima dengan hati terbuka cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menamakan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Walau bagaimanapun ADUN Salor itu berkata, cadangan itu diterimanya buat masa ini atas dasar strategi, selain menambah ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen PH. 
 
"Buat sementara ini saya terima saya dinamakan. Sementara ada orang lain yang lebih berkelayakan bagi tujuan seperti yang saya sebutkan tadi. Supaya rakyat Kelantan boleh mudah nampak siapa nak pimpin mereka, apa latar belakang mereka. Supaya parti-parti dalam pakatan boleh bersatu tenaga.
 
"Syarat dia ialah perkara ini diterima oleh parti. Kalau parti-parti dalam pakatan tak boleh nak terima maka tak jadilah. Kalau parti dalam pakatan terima, sementara boleh saya terima. Bagi tujuan-tujuan strategik perjuangan kita khususnya di Kelantan. Kalau ada orang lain yang lebih layak saya akan beri pada orang itu jadi MB. Jadi sementara," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah, sebentar tadi. 
 
Mengulas lanjut, Husam berpendapat penamaan pemimpin bayangan untuk memimpin negeri itu bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada rakyat. 
 
Walaubagaimanapun katanya, cadangan itu belum pernah dibincangkan di peringkat mesyuarat barisan kepimpinan PH.

Tiada ulasan: