HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Julai 2017

Sekumpulan 19 kanak-kanak ditahan milik basikal ubahsuai

Wartawan MalaysiaGazette
Antara basikal yang telah diubahsuai sekumpulan kanak-kanak dan remaja yang dirampas polis semalam.


JOHOR BAHRU – Tidak serik-serik lagi.

Sekumpulan 19 kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun ditahan kerana menunggang basikal yang diubahsuai secara berkumpulan di Jalan Besar, Skudai berhampiran susur ke Taman Perling tengahari semalam.

‘Kedegilan’ kumpulan berbasikal itu yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terlibat dan mereka turut ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, susulan maklumat diterima, polis menjalankan pemeriksaan dan mendapati kebanyakan basikal ditunggang mereka telah diubahsuai.

“Basikal mereka juga didapati tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan hasil pemeriksaan 18 buah basikal didapati melakukan pengubahsuaian struktur basikal yang ditunggang mereka,” katanya.

Tambahnya, sehubungan itu, sebanyak 18 saman dikeluarkan Rule 42 (1) LN 166/59 selain ibu bapa dan penjaga mereka yang ditahan ke pejabat cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Beliau berkata, amaran turut diberikan kepada mereka untuk tidak membenarkan anak-anak menggunakan basikal yang tidak mengikut spesifikasi dan sekiranya didapati sekali lagi berbuat demikian, polis akan mengambil tindakan tegas. – MalaysiaGazette.

Tiada ulasan: