HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Julai 2017

Siti Kassim Ikrar Terus Perjuangkan LGBT

Siti Zabedah Kasim hari ini berikrar untuk meneruskan perjuangannya mermartabatkan hak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di negara ini.

‘Saya takkan mengalah dan akan teruskan apa yang selalu saya buat pertahankan hak semua orang bukan sahaja komuniti lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) tetapi komuniti yang lain juga. Semua orang harus berani pertahankan hak mereka’kata Siti selepas diikat jamin.

Pagi tadi Siti Kassim didakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas awam semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.

Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.

‘Kita harus berhentikan tindakan ini. Bagi saya serbuan ini satu tindakan menyalahi undang-undang terhadap komuniti maknyah’ tambah Siti Kassim.

Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam. Siti boleh menghadapi hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Siti Kassim mengaku tidak bersalah dan mohon kes itu dibicarakan. Majistret Ahmad Solihon Abdul Wahid mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak
RM3,000.

LIHAT VIDEO DI SINI





Laman LGBT, bay area reporter menamakan Siti Kassim adalah salah seorang pengasas bersama Seksualiti Merdeka.

Siti Kassim adalah aktivis LGBT yang bernaung di bawah ‘Seksualiti Merdeka’ pernah mengemukakan permohonan semakan kehakiman di mahkamah berhubung larangan polis terhadap program anjuran NGO mereka pada 2012.

Tiada ulasan: