HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Julai 2017

Tahanan lolos: Lapan anggota polis direman

ANTARAPOS.COM

Post Pic


GEORGETOWN: Sembilan individu termasuk lapan anggota polis  direman empat hari, mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung seorang tahanan meloloskan diri di Relau, di sini, semalam.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Sesyen, Ahmad Tajuddin Zain terhadap semua suspek, termasuk seorang awam yang berumur antara 20 hingga 45 tahun itu. 
 
Semua mereka tiba di perkarangan di mahkamah di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi dengan ada di antara suspek masih berpakaian seragam polis kerana ditahan sejurus kejadian. 
 
Terdahulu dalam kejadian pada jam 2.30 pagi semalam, seorang tahanan melarikan diri selepas van polis yang dinaiki dari Balai Polis Bayan Baru rosak di persimpangan lampu isyarat di Relau. 
 
Difahamkan, suspek kes dadah terbabit bersama dua lagi tahanan dalam perjalanan menuju ke Hospital Balik Pulau (HBP) bagi mendapatkan rawatan sebelum suspek keluar melalui tingkap ketika van berhenti di tepi jalan akibat masalah brek. 
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan dan polis masih memburu tahanan berumur 43 tahun berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: