HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Julai 2017

Terlalu awal putuskan status kelayakan DAP bertanding dalam PRU14 - SPR

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk memutuskan status kelayakan DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
 
Menurut Mohd Hashim, isu berkaitan DAP ketika ini lebih cenderung kepada beberapa aspek perundangan, justeru katanya, masih awal bagi SPR membuat ketetapan selagi tiada keputusan muktamad berhubung aspek berkenaan.
 
"Biar pihak terbabit menyelesaikan perkara ini terlebih dulu. Soal layak atau tidak masih terlalu awal untuk diputuskan SPR. 
 
"SPR tidak akan mencampuri urusan Pendaftar Pertubuhan (RoS)," katanya dipetik Berita Harian Online. 
 
Beliau diajukan soalan sama ada DAP boleh bertanding pada PRU akan datang selepas RoS memutuskan DAP perlu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti. 
 
Jumaat lalu, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus itu bertujuan membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf. 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya semalam berkata DAP tidak boleh meletakkan calon untuk bertanding pada PRU akan datang jika mengingkari arahan RoS supaya pemilihan semula CEC parti diadakan semula.
 
 

Tiada ulasan: