HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 Julai 2017

Usah polemikkan hukuman sebat di khalayak - Jamil Khir

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
YAN: Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak perlu dipolemikkan kerana ia bukan perkara baru di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
 
Jamil Khir berkata orang ramai juga perlu faham, hukuman itu hanya dilaksanakan terhadap pesalah orang Islam berikutan ia berdasarkan kepada kesalahan syariah.
 
“Jangan jadikan isu, amalan ini sudah pun berlaku di luar dari penjara macam di Tawau (Sabah). (Tetapi) ramai tidak faham hukuman berdasarkan syariah hanya melibatkan orang Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Jerai di Guar Chempedak di sini, hari ini.
 
PersidanganDUN Kelantan pada Rabu meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
 
RUU itu turut memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
 
Jamil Khir yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai berkata, bagaimanapun hukuman sebat dalam penjara sebenarnya sudah menepati khalayak ramai kerana menurut istilah Islam, ia bermaksud melebihi dua orang.
 
“Dalam penjara itu sudah lebih dua orang termasuk dengan doktor yang datang melihat, pegawai (penguat kuasa) agama, pengiring pesalah serta petugas lain,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: