HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 Julai 2017

Usaha bebaskan Anwar cubaan perkecilkan kuasa Agong – Gerakan

Kumara Sabapatty
Tan Keng Liang. foto AFFAN FAUZI 

KUALA LUMPUR – Usaha Pakatan Harapan membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 merupakan tindakan memperkecilkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan Malaysia, Tan Keng Liang berkata, sebarang cubaan untuk memaksa Yang Di-Pertuan Agong memberi pengampunan kepada Anwar adalah satu tindakan tidak boleh diterima.

“Saya lihat kenyataan mereka semalam mendapatkan pengampunan untuk Anwar dan membebaskannya dari penjara adalah cubaan memperkecilkan kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong.

“Kalau dia nak paksa Agong selepas menang dan membentuk kerajaan itu tidak betul, dan kami memandang serius,” katanya pada sidang media di Menara PGRM Cheras, di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan mahupun Yang Di-Pertuan Agong tidak harus melepaskan Anwar yang kini masih lagi menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat terhadap bekas pembantu peribadinya.

“Anwar tidak harus dilepaskan, cuba fikir apa yang akan berlaku nanti. Ini satu percubaan mengganggu sistem kehakiman negara menerusi campur tangan politik.

“Ini tidak wajar dibenarkan berlaku nanti. Pembangkang cuba menggunakan politik untuk membebaskan Anwar,” tegasnya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: