HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 Julai 2017

Wan Azizah tak kisah logo baharu PH diejek seperti Star Trek

Muhamad Izwan Mohd Zubit
-
Dr. Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan mengambil kisah dengan ejekan orang ramai yang mendakwa logo baharu gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menyamai logo filem barat, Star Trek.

Wan Azizah berkata, ejekan tersebut tidak menjadi masalah dan tidak perlu dipertikaikan, ia selepas huruf “A” dalam perkataan “Harapan” dikatakan serupa dengan logo Star Trek.

“Star Trek? Apa masalahnya?” kata Wan Azizah kepada media semasa majlis rumah terbuka Hari Raya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang hari ini.

Selain itu, Wan Azizah juga menafikan dakwaan mengatakan warna merah digunakan dalam logo menunjukkan PH didominasi PPBM.

“Merah adalah warna umum, ia melambangkan kemenangan, keberanian,” kata Wan Azizah.
Beliau berkata, logo itu dicipta untuk menarik perhatian orang ramai.

PH pada Khamis lalu mengumumkan logo baharu mereka yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 disamping menamakan barisan organisasi mereka. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: