HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Julai 2017

Zam: Sebat di khalayak 'produk' baru pelancongan

MALAYSIAKINI


Bekas menteri Umno Tan Sri Zainudin Maidin hari ini menyindir langkah Kelantan meluluskan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah di negara itu.

Bukan itu sahaja, kerajaan pusat dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz turut menjadi sasaran beliau.

“Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz tentulah sangat gembira dengan langkah kerajaan PAS Kelantan hendak melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah RUU355 – Tatacara Hukuman Jenayah Syariah2002 (Pindaan2017) – bila dikuatkuasakan di Kelantan kelak.

“Ini akan menjadi produk baru pelancongan Malaysia untuk dijual oleh Nazri di luar negara bagi membolehkan orang bukan Islam terutama dari negara maju menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbaric di sebuah negara demokrasi dan moden Malaysia,” katanya.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaa’kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh Anggota DUN (ADUN).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu antara persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) jika ia diluluskan parlimen.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: